Fizo Omar,
9999, Taman Biru,
12123 Warna,
Kedah.
12123 Warna,
Kedah.
28 APRIL 2013.
Menemui sahabatku, Adi Putra yang
kini berada di Nigeria dengan selamatnya.
Saudara,
Apa khabar, saudara? Saya berharap saudara berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya dan keluarga di sini juga berada dalam keadaan sihat-sihat belaka.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya dan sekeluarga bercuti di kampung. Saya bercuti di kampung nenek pada cuti sekolah yang lepas. Saya berada di kampung nenek selama lima hari.
Udara di sini sangat nyaman. Setiap pagi kedengaran
burung berkicauan. Setiap hari, datuk membawa saya dan adik ke dusunnya.
Kebetulan pada masa itu ialah musim buah-buahan. Di dalam dusun datuk terdapat
pelbagai jenis buah-buahan seperti durian, rambutan, pisang, manggis dan
sebagainya. Saya dan adik membantu datuk mengutip durian dan memetik rambutan.
Kemudian, kami makan buah-buahan dengan sepuas-puasnya.
Pada waktu petang, datuk membawa saya memancing ikan di tepi sungai yang terletak di belakang rumah nenek. Selain itu, datuk juga mengajar saya membuat layang-layang. Kemudian, kami bermain layang-layang di tanah lapang. Nenek juga telah memasak lauk-pauk yang enak untuk kami.
Sampai di sini sahaja saya coretkan. Sampaikan salam mesra saya kepada keluarga saudara
Sahabatmu,
Fizo Omar
Fizo Omar