Monday 20 May 2013

Kepentingan Rakan Dalam Hidup Kita

     Yang dihormati, pengerusi majlis, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak majlis kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan syarahan saya.

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tajuk syarahan saya ialah Kepentingan Rakan Dalam Hidup Kita.a Dalam hidup ini,sekurang-kurangnya kita perlu ada seorang rakan untuk menghiburkan kita. Ada banyak kepentingan rakan dalam hidup kita.

Para hadirin sekalian,
      Salah satu kepentingan tersebut ialah rakan ibarat orang yang boleh menenangkan jiwa kita seperti membuat lawak dan sebagainya. Hal yang demikian boleh mengeratkan hubungan dengan rakan bagai beliung dengan asahan.

      Selain itu, rakan juga ibarat aur dengan tebing yang membawa maksud tolong-menolong antara satu dengan yang lain. Jika kita susah, rakan kita boleh menolong dan jika dia pula susah, kitapun boleh menolongnya. Jangan pula kita jadi seperti anjing dengan kucing.

      Seterusnya, rakan juga boleh menasihati kita jika menghadapi sebarang masalah. Sama ada masalah besar atau masalah kecil. Mereka tidak pernah bersungut kepada kita.

      Sebelum saya undur diri, saya ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa. Tamatlah sudah untuk saya berucap. Sekian, terima kasih.



      

Thursday 16 May 2013

Negaraku

      Setiap orang ada negara masing-masing. Saya juga ada negara sendiri iaitu di Malaysia. Malaysia ialah tanah tumpahnya darahku.
      
      Negaraku ialah sebuah negara yang aman dan damai. Sebelum negaraku aman dan damai, negaraku telah dijajah oleh Portugis, Belanda, Jepun dan sebagainya.

      Negaraku ada banyak tempat menarik seperti di Tugu Negara, Kuala Lumpur. Di Tugu Negara terdapat banyak penerangan tentang Malaysia sebelum dijajah, semasa dijajah dan selepas dijajah.


      Negaraku mengandungi 28 juta lebih penduduk. Ini kerana ada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya.


      Negaraku ada banyak permainan tradisional seperti congkak, wau, sepak raga, gasing dan sebagainya.



      Kini, negaraku menjadi sebahagian daripada negara yang sering dibicara oleh orang asing. Hal yang demikian kerana negaraku sebuah negara yang terbaik dan disegani oleh negara luar.





Wednesday 15 May 2013

Selamat datang


SELAMAT DATANG



B¡Ωdαtα Ḟ@rⁱʠ ↙


Nama : Muhamad Farid bin Ridʓuan ( Sedap kan nama )

Umur : 13 Tahun ( Tingkatan satu )

Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Samudera ( Jom sekolah )

Tarikh lahir : 28 April 2000 ( Hmm )

Tempat lahir : Hospital Seri Manjung ( Ada ' seri ' lagi )

Hobi : Bermain badminton ( Sebenarnya banyak lagi )

Cita - cita : Guru ( Guru matematik lah cik kak )

Makanan kegemaran : Nasi lemak dan lain - lain lagi ( Sedapnya )

Minuman kegemaran : Milo ais dan lain - lain ( Slurrppp )

Kawan baik : Amir, Shahrizal, Nasir, Asri, Meor dan Haziq ( Baik sangat )

Moto diri : Sekali membuat kesilapan tak bermakna sentiasa buat kesilapan ( Jiwang lah pulak )