Yang dihormati, pengerusi majlis,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan
jutaan terima kasih kepada pihak majlis kerana memberi saya peluang untuk
menyampaikan syarahan saya.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tajuk syarahan saya ialah Kepentingan Rakan Dalam Hidup Kita.a Dalam hidup ini,sekurang-kurangnya kita perlu ada seorang rakan untuk menghiburkan kita. Ada banyak kepentingan rakan dalam hidup kita.

Para hadirin sekalian,
Salah satu kepentingan tersebut ialah
rakan ibarat orang yang boleh menenangkan jiwa kita seperti membuat lawak dan
sebagainya. Hal yang demikian boleh mengeratkan hubungan dengan rakan bagai
beliung dengan asahan.
Selain itu, rakan juga ibarat aur dengan tebing yang membawa maksud tolong-menolong antara satu dengan yang lain. Jika kita susah, rakan kita boleh menolong dan jika dia pula susah, kitapun boleh menolongnya. Jangan pula kita jadi seperti anjing dengan kucing.
Seterusnya, rakan juga boleh menasihati kita jika menghadapi sebarang masalah. Sama ada masalah besar atau masalah kecil. Mereka tidak pernah bersungut kepada kita.
Sebelum saya undur diri, saya ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa. Tamatlah sudah untuk saya berucap. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Komen jangan tak komen !