Tuesday, 4 June 2013

Surat Kiriman Tidak Rasmi

Fizo Omar,
9999, Taman Biru,
12123 Warna,
Kedah.

28 APRIL 2013.



             Menemui sahabatku, Adi Putra yang kini berada di Nigeria dengan selamatnya.

Saudara,

              Apa khabar, saudara? Saya berharap saudara berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya dan keluarga di sini juga berada dalam keadaan sihat-sihat belaka.

              Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya dan sekeluarga bercuti di kampung. Saya bercuti di kampung nenek pada cuti sekolah yang lepas. Saya berada di kampung nenek selama lima hari.

              Udara di sini sangat nyaman. Setiap pagi kedengaran burung berkicauan. Setiap hari, datuk membawa saya dan adik ke dusunnya. Kebetulan pada masa itu ialah musim buah-buahan. Di dalam dusun datuk terdapat pelbagai jenis buah-buahan seperti durian, rambutan, pisang, manggis dan sebagainya. Saya dan adik membantu datuk mengutip durian dan memetik rambutan. Kemudian, kami makan buah-buahan dengan sepuas-puasnya.
                 
              Pada waktu petang, datuk membawa saya memancing ikan di tepi sungai yang terletak di belakang rumah nenek. Selain itu, datuk juga mengajar saya membuat layang-layang. Kemudian, kami bermain layang-layang di tanah lapang. Nenek juga telah memasak lauk-pauk yang enak untuk kami.

            Sampai di sini sahaja saya coretkan. Sampaikan salam mesra saya kepada keluarga saudara
                                                                                                                                                                   Sahabatmu,
Fizo Omar  




                                           

Monday, 3 June 2013

Surat Kiriman Rasmi


Taman Seri Gigi,
Lorong 23 Nombor 5,
23040 Manjung,
Perak

___________________________________

Guru Kelas,
Tingkatan 1A1,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gigi,
23040 Manjung,
Perak                                      3 Mac 2013                                                               



Puan,



Tidak Hadir ke Sekolah


Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak hadir ke sekolah kerana demam. Saya sudah berjumpa doktor dan doktor memberi saya cuti selama tiga hari.


2.      Segala kerja rumah yang diberi saya tidak dapat siapkan. Saya akan memberitahu kepada kawan yang berdekatan dengan rumah saya. Saya juga berjanji akan datang ke sekolah sebaik sahaja saya sudah sembuh.


3.      Saya berharap dengan surat ini cikgu akan memahami saya kerana tidak dapat hadir ke sekolah.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Aaron Aziz
( Muhammad Aaron bin Aziz )





Monday, 20 May 2013

Kepentingan Rakan Dalam Hidup Kita

     Yang dihormati, pengerusi majlis, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak majlis kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan syarahan saya.

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tajuk syarahan saya ialah Kepentingan Rakan Dalam Hidup Kita.a Dalam hidup ini,sekurang-kurangnya kita perlu ada seorang rakan untuk menghiburkan kita. Ada banyak kepentingan rakan dalam hidup kita.

Para hadirin sekalian,
      Salah satu kepentingan tersebut ialah rakan ibarat orang yang boleh menenangkan jiwa kita seperti membuat lawak dan sebagainya. Hal yang demikian boleh mengeratkan hubungan dengan rakan bagai beliung dengan asahan.

      Selain itu, rakan juga ibarat aur dengan tebing yang membawa maksud tolong-menolong antara satu dengan yang lain. Jika kita susah, rakan kita boleh menolong dan jika dia pula susah, kitapun boleh menolongnya. Jangan pula kita jadi seperti anjing dengan kucing.

      Seterusnya, rakan juga boleh menasihati kita jika menghadapi sebarang masalah. Sama ada masalah besar atau masalah kecil. Mereka tidak pernah bersungut kepada kita.

      Sebelum saya undur diri, saya ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa. Tamatlah sudah untuk saya berucap. Sekian, terima kasih.



      

Thursday, 16 May 2013

Negaraku

      Setiap orang ada negara masing-masing. Saya juga ada negara sendiri iaitu di Malaysia. Malaysia ialah tanah tumpahnya darahku.
      
      Negaraku ialah sebuah negara yang aman dan damai. Sebelum negaraku aman dan damai, negaraku telah dijajah oleh Portugis, Belanda, Jepun dan sebagainya.

      Negaraku ada banyak tempat menarik seperti di Tugu Negara, Kuala Lumpur. Di Tugu Negara terdapat banyak penerangan tentang Malaysia sebelum dijajah, semasa dijajah dan selepas dijajah.


      Negaraku mengandungi 28 juta lebih penduduk. Ini kerana ada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya.


      Negaraku ada banyak permainan tradisional seperti congkak, wau, sepak raga, gasing dan sebagainya.



      Kini, negaraku menjadi sebahagian daripada negara yang sering dibicara oleh orang asing. Hal yang demikian kerana negaraku sebuah negara yang terbaik dan disegani oleh negara luar.





Wednesday, 15 May 2013

Selamat datang


SELAMAT DATANG



B¡Ωdαtα Ḟ@rⁱʠ ↙


Nama : Muhamad Farid bin Ridʓuan ( Sedap kan nama )

Umur : 13 Tahun ( Tingkatan satu )

Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Samudera ( Jom sekolah )

Tarikh lahir : 28 April 2000 ( Hmm )

Tempat lahir : Hospital Seri Manjung ( Ada ' seri ' lagi )

Hobi : Bermain badminton ( Sebenarnya banyak lagi )

Cita - cita : Guru ( Guru matematik lah cik kak )

Makanan kegemaran : Nasi lemak dan lain - lain lagi ( Sedapnya )

Minuman kegemaran : Milo ais dan lain - lain ( Slurrppp )

Kawan baik : Amir, Shahrizal, Nasir, Asri, Meor dan Haziq ( Baik sangat )

Moto diri : Sekali membuat kesilapan tak bermakna sentiasa buat kesilapan ( Jiwang lah pulak )