Thursday 16 May 2013

Negaraku

      Setiap orang ada negara masing-masing. Saya juga ada negara sendiri iaitu di Malaysia. Malaysia ialah tanah tumpahnya darahku.
      
      Negaraku ialah sebuah negara yang aman dan damai. Sebelum negaraku aman dan damai, negaraku telah dijajah oleh Portugis, Belanda, Jepun dan sebagainya.

      Negaraku ada banyak tempat menarik seperti di Tugu Negara, Kuala Lumpur. Di Tugu Negara terdapat banyak penerangan tentang Malaysia sebelum dijajah, semasa dijajah dan selepas dijajah.


      Negaraku mengandungi 28 juta lebih penduduk. Ini kerana ada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya.


      Negaraku ada banyak permainan tradisional seperti congkak, wau, sepak raga, gasing dan sebagainya.



      Kini, negaraku menjadi sebahagian daripada negara yang sering dibicara oleh orang asing. Hal yang demikian kerana negaraku sebuah negara yang terbaik dan disegani oleh negara luar.





6 comments:

Komen jangan tak komen !